Sunday, 29 July 2012

SAINS Officer to be recruited and posted at all ministerial level at Sarawak state.

So, it has come to the light of the modern society. If before one officer in ministerial level can work with an old system using traditional complex method of typing. But, today we have come to society that poses to the used of many computerised gadgets and come to the point that officers level must  have skill background for any post at skilled background for any post at the administration or executives level.

Will we take an example from Land and Survey Department of Sarawak, the officer and consultant that they using is from SAINS. At first, the engage in technological gadget and the second, they tied the officer from SAINS to be a Section Head. All, but when happening is there was a good rumors that when their contract was expired , they will return this officers back to them. Off course, but at least there was a good step to recruit our own staff to dealing with any technological shortcomings.  Any, but by depending so much to SAINS service but at the time they needed for trouble shooting they will of course wants a payment and but the service rendered is slowed due to priority- cossy but slows. 

As for takeaway from this article, as for this ministry or department might have not rely so much to SAINS service but in fact thereto has recruited their own staff to dealing with this matter as to one way step in to reduce cost and dependencies. It is good point to realized that our own staff is good to be recruited so they can have a focus to solve the problem in ministry or department itself. Second is if all SAINS officer are about to be recruited by by ministries and of agency then Datuk Teo will have to loose their credible staff also. 

What Possible Candidate to be recruited ? : A Scenario for Ministerial level at Sarawak State


One would not wander if the past story is used as a standard to determine suitable candidate to be recruited. Few will say they are agree because it stand for any post, but for general. The workflows is there but the workers is just as ineffective as to work their post's. Now, lets take a glance on this:

1. What skills that they have to be integrated by this ministry?
-negotiation, consultation and of course writing skills
-computer skills as to the core business in this ministry if they are involved with negotiation, consultation and mapping services. 

2. What capacity that they can be used?
-One may doubt that the graduates form Information Technology background can work as Land Officer or Administrial post. Wonder but, today we talk about anyone to the post of Admin Officer, they might opt to know how to use modern gadget and software's, all but cost to train them.
- As compared to the graduates from other disciplines like social science, will there will unfairly to replace any post meant to them just for the sake of given the opportunity for this Information Technology or Engineering course whereas a number of them already suit for the post's. Else, we have to just close the social sciences at nationwide so that no expertise will be used for science social and they will swift to teach technical courses at university level so every technical graduate student can working right after their graduation. 

3. What would you think the Information Technology graduates will have?
-They may be as good as fast learner to the every high technology introduced to be used by their respective ministry, all but wonder if the fails in the art of negotiation and consultation as compared to social science graduates. 

4. What tools and software that is universally used to work and the way they work at this levels.
- Let's take a glance from our Native Customary Right(NCR) core business for example, one may have to understand and be able to use as simple as Microsoft Office 2007, any mapping gadget and but the integration in using the latest mapping software such as ArcGIS 10, Erdas Imagine and AutoCAD 2013.
- As to the flowchart of work procedures, normally they will work steaming from planning, managing and maintaining where they can be as good as to the expected levels.

One might not wander if anyone suitable for the any post is the one who must have 2-3 years experience in the same capacity, not just be able to use high technology software but be able to converse effectively and a motivative workers with proven records.   

Thursday, 19 July 2012

PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Kini banyak laungan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan di negara ini perlu melalui penstrukturan semula. Kita tidak menafikan banyak kelebihan dan keburukan sistem pendidikan di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain. 

Pada pandangan penulis, sebahagian cadangan yang perlu diambil kira dalam mengira perubahan pendidikan di negara ini ialah dengan melihat kepada aspek pekerjaan iaitu terlalu banyak graduan menganggur, sekitar 70% graduan di negara ini tidak mampu memperoleh kerja selepas tamat belajar. Jika dilihat dari sudut dua segi, 32000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat persekolahan dan dari jumlah tersebut sekitar 21,760 wanita berbanding lelaki seramai 10,240 orang.
Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh negara ini dalam sistem pendidikan ialah:-

1. Bentuk Kursus ditawarkan di IPT- Penukaran dan pemansuhan kursus Sains Sosial dan kursus-kursus tertentu kepada kursus berintensifkan peluang pekerjaan. 

Dengan melihat kepada banyaknya graduan daripada aliran Sains Sosial pada masa ini, tidak ramai di kalangan mereka mampu memperoleh kerja dalam tempoh selama 6 bulan tamat pengajian. Hal ini disebabkan ramai diantara mereka yang berharap mendapat kerja yang setaraf kelayakan walhal kelulusan mereka kebanyakannya dibawah PNGK 3.0 ke bawah sementara kelulusan yang dipegang oleh mereka pula Ijazah yang 'low-demand'-yang dahulunya untuk Sektor Awam sahaja, tepi kini apabila graduan memohon jawatan bertaraf SPM masyarakat bising walhal kenapa wujudkan kursus yang tidak bernilai di IPT jika pada masa yang sama sedar bahawa graduan akan menganggur bila keluar ke alam pekerjaan. Hal ini tentunya tidak adil bagi mereka yang sanggup berada hingga ke tahap tersebut semata-mata mengharapkan gaji yang lebih tinggi selepas bergelar graduan tidak kira apa jenis skrol mereka.
Dalam hal ini, jika diberi pilihan tentu ramai yang akan mempersalahkan  Kementerian Pelajaran dan Parti  yang memerintah kerana  menubuhkan kursus yang tidak berorientasikan peluang struktur pasaran kerja dan ekonomi dalam negara ini. Mereka tahu bahawa tujuan persekolahan ialah meningklatkan kemahiran dan pasaran pelajar selain mendapat kerja bila tamat pelajaran. Tidakkah Kementerian kasihan akan mereka yang tidak mendapat kerja ini, untuk apa wujudkan kursus yang hanya memberikan 'peluang' kepada graduan untuk meminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), menagih pula bayaran daripada pelajar walhal perlu memikirkan bahawa graduan tersebut belum mendapat kerja yang mampu membolehkan mereka membayar hutang pinjaman tersebut. 

2. Impak Ekonomi

Dalam aspek pendidikan negara ini tidak dapat mengesampingkan impak yang bakal berlaku hasil peminjam PTPTN yang berjumlah Billion ringgit. Lebih baik daripada kerajaan mengwar-warkan pentingnya sekolah yang tinggi untuk mendapat kerja kepada rakyat, walhal yang lebih penting billion ringgit tersebut digunakan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor terlebih dahulu. Apalah guna jika terlalu ramai graduan sedangkan tempat kerja mereka tidak dapat disediakan. Tentunya hal ini akan membawa kepada berlakunya lebih banyak gejala sosial yang tidak diingini berlaku sementara wang tersebut dapat digunakan sebagai dana untuk aset yang lebih penting. 

3. Impak Sosial

Dalam aspek sosial pula, apabila terlalu ramai graduan maka kurangnya peluang pekerjaan. Bila berkurangnya peluang pekerjaan maka 'harapan tinggal harapan' yang tinggal mungkin sisa-sisa perjuangan yang akan dipergunakan bagi tujuan melakukan siri gejala sosial 'berprofil tinggi'. Dapatkah dibayangkan bila seorang itu meninggal kerana diambil buah pinggangnya untuk dijual, siapakah yang melakukan pembunuhan tersebut, bagaimana berlaku, tentunya melibatkan pelbagai profil. Bagaimanakah strategi membuat jenayah paling berkesan?  inilah yang kita semua tidak inginkan berlaku apabila terlalu ramai graduan berbanding peluang pekerjaan yang terhad dan itulah caranya mereka mencari sumber kewangan....bonuslah kiranya 'halal'.

Untuk mengatasi masalah pengganguran graduan apakah perlu dilakukan pula?

1. Tentunya menasihatkan supaya graduan tidak terlalu memilih kerja.
2. Tentunya menasihatkan supaya bakal siswazah memilih jurusan yang berpasaran tinggi.
3. Universiti pula jangan terlalu mengejar nama, mengambil terlalu banyak pelajar, konon meningkatkan daya negara ke arah yang berkapasi tinggi walhal berbillion perbelanjaan untuk tujuan konon membuka lebih banyak peluang 'persekolahan' dan meningkatkan mutu pengajian tinggi di negara ini. Namun balasannya, setalah segala penat lelah dan wang ringgit tergadai dan telah gergelar graduan, kekosongan jawatan pula tidak mencukupi. Wang tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan membuka lebih banyak perumahan 'mampu milik ' kepada rakyat di negara ini dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada rakyat di negara ini.
 4. Perubahan sistem pengambilan pelajar yang telah tamat Peperiksaan Menengah Rendah, iaitu mana-mana pelajar yang tidak lulus peperiksaan tersebut dibenarkan memilih jurusan teknikal sahaja sementara bagi pelajar yang layak ke tingkatan empat dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pula mereka perlu ditapis dengan lebih ketat lagi, agar mereka ini tidak mudah memasuki Institusi Pengajian Tinggi dengan sewenang-wenangnya melainkan peluang lebih banyak diberikan kepada mereka jika mengambil jurusan teknikal yang mampu memberikan lebih banyak peluang dan 'employability' kepada golongan tersebut. 
5. Universiti Swasta mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta yang tumbuh bagaikan 'cendawan' hanya mampu memberikan 'makanan' istimewa kepada 'KUCING' besar sahaja tetapi akhirnya bila pelajar mereka telah bergelar graduan mereka ini akan menambah golongan menganggur sahaja. Saya lebih suka sekiranya IPTS seperti ini dikurangkan pengwujudannya yang seperti KUCING besar makan tikus-tikus(pelajar peminjam PTPTN) yang mengharapkan kerja apabila tamat pengajian. Apagunanya kerajaan melaung-laungkan penubuhan lebih banyak IPT sedangkan tempat kerja tidak mampu disediakan kepada rakyat, bukankah ini lebih teruk dan tidak adil kepada rakyat sendiri.

Kelemahan Sistem E-recruitment dan Penjawat Awam : Agama, Kuota dan Karenah Pentadbir awam di Sarawak.



Kelemahan Sistem E-recruitment dan Penjawat Awam : Agama, Kuota dan Karenah Pentadbir awam di Sarawak.

Setelah tiga tahun mencari kerja tetap dan jika dapat sekurang-kurangnya kerja yang dapat bayar bulanan kereta buruk 'Myvi' saya dan tanggung beban pinjaman pelajaran PTPTN dan saraan ibu bapa yang sudah menjelang senja. 

Realitinya, setiap graduan terutama dari lulusan Kursus Sosial Sains,  mereka akan berupaya memasuki apa sahaja peluang pekerjaan yang ditetapkan . Hakikatnya, tidak ramai daripada mereka dapat memanfaatkan Ijazah yang telah ada. Malah mengambil masa bertahun-tahun mengharapkan untuk mendapat kerja tetap sekurang-kurangnya pada mana-mana peringkat pekerjaan yang mampu membawa mereka keluar dari istilah pengangguran , kegawatan ekonomi dan menjaga air muka ibu bapa dan lebih-lebih lagi membantu diri sendiri.

Di negeri Sarawak, salah satu sistem pengambilan penjawat awam negeri ini ialah menggunakan sistem Erecruitment Sarawak. Setelah mengambil kira bajet dan permintaan daripada pelbagai agensi untuk mengambil pekerja, jawatan kosong akan dibuka di laman tersebut. Pada halaman ini saya akan bincangkan keburukan dan kelemahan sistem tersebut kepada pembaca di laman ini. 

Kelemahan pertama sistem tersebut ialah sistem pengurusan penapisan, melalui pengalaman yang telah dilalui sepanjang permohonan melalui sistem tersebut terdapat dalam senarai pada baris Status menunjukkan BARU, SUDAH DIPROSES/TIDAK DITEMUDUGA . Dari Gambar 1.0 dibawah kita dapat lihat bahawa sepanjang setahun permohonan penulis tidak pernah mendapat ditemuduga. Walhal jika dilihat dari sudut kelengkapan borang yang telah diisi memang telah diisi dengan lengkap baru dapat membuat pengakuan di bahagian pengesahan borang permohonan sistem. Penulis berasa janggal apabila setahun tersebut penulis tidak pernah ditemuduga sedangkan borang lengkap, kelayakan pula tahap Ijazah. Sesetengah status pula menyatakan permohonan masih baru sedangkan telah setahun permohonan. Hal ini dapatlah menunjukkan bahawa Sistem pengambilan pekerja awam menggunakan gerbang E recruitment tersebut hanya buat mengaburkan mata pencari kerja malah bukanlah menunjukkan keupayaan Kerajaan pada masa ini menolong rakyat. Selain itu, status pemohon yang tidak pernah ditemuduga tersebut sepatutnya menunjukkan bahawa sama ada kesilapan berlaku pada pengisian borang. Sebaliknya, bahagian status tersebut menunjukkan serta membayangkan bahawa betapanya administrator dan pekerja awam yang mentadbir sistem tersebut ialah PEMALAS dan tidak laya menjadi pekerja awam. 

Penulis juga membayangkan bahawa mereka yang mentadbir sistem tersebut termasuk mereka yang berada dalam Seksyen Pentadbiran, Pengambilan dan Perjawatan tersebut adalah LEMAH, tidak bekerja mengikut prosidur, bermain isu perkauman dan kuota pengambilan menguasai mereka. Ini bakal menjadikan sistem pentadbiran pengambilan pekerja awam di negeri Sarawak dan negara ini adalah memalukan. Sudah tentu hal ini akan membawa malapetaka kepada pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Hal ini juga memalukan Tan Sri Datu Awang Morshidi Abdul Ghani atas nama pegawai yang malas menjalankan pemantauan walaupun setakat E-Recruitment Sarawak.


 

Rajah diatas juga menunjukkan Status Permohonan Jawatan pada sistem E-recruitment Sarawak. Apa yang penulis membuatkan penulis keliru dan terasa ialah pada Status Pemprosesan telah ditapis oleh Agensi bertanggunjawab dan dalam Status Permohonan pada bahagian Tarikh Tapisan juga telah dinyatakan maka Status Permohonan adalah MUSTAHIL masih BARU. Ada juga menunjukkan status permohonan yang masih BARU namun belum dinyatakan dengan apa-apa catatan pada ruangan Tarikh Tapisan. 

Setelah melalui proses permohonan tersebut menggunakan sistem E-recruitment penulis agak kecewa bila langsung tidak pernah ditemuduga sedangkan penulis sepatutnya layak ditemuduga berdasarkan kelayakan dan kemahiran yang dicari oleh pelbagai agensi.

Tuesday, 17 July 2012

Pegawai Skim Latihan Pemerkasaan Siawazah Sarawak Layak Dipertimbangkan ke Jawatan Bertaraf Kontrak B15. Apa tidaknya?


Pegawai Skim Latihan Pemerkasaan Siawazah Sarawak Layak Dipertimbangkan ke Jawatan Bertaraf Kontrak B15. Apa tidaknya?
"Jangan dipersoalkan hak kami"



 
TERKINI
Graduan yang telah bekerja sebagai pegawai melalui Skim Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (LPKS) sepatutnya layak dipertimbangkan ke jawatan bertaraf kontrak  dengan Kod B 15. Apa tidaknya, setelah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis bersama agensi masing-masing betapa pilunya apabila tidak diberi peluang apatah dijanjikan untuk diserap ke jawatan berstatus kontrak. 
Dibandingkan dengan Skim Sukarelawan, LPKS merupakan jawatan berstatus pegawai malah ada yang diberikan tugasan mewakili jabatan dan agensi ke persidangan DUN, mengikuti mesyuarat State Task Force(STF) dan juga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) malahan mereka hanya dapat tuntutan elaun gred N41. Kenapa baru kini baru dikatakan mereka tidak layak diserap ke jawatan bertaraf kontrak dengan alasan bahawa jika segelintir yang diambil ke jawatan tersebut maka selebihnya sebanyak 4000 orang baki mereka yang lain akan bersuara? Kenapa perlu dipersoalkan isu sekecil ini sehingga melibatkan SKN sendiri bersuara? 
Berapa lama lagikah kita akan menjadi seorang pegawai yang berstatus LPKS sedangkan ketua jabatan dan ketua-ketua seksyen dalam unit melaung-laung minta agar pegawai LPKS yang berkhidmat dengan mereka diserap ke jawatan bertaraf kontrak sesuai dengan keperluan jabatan dan kemahiran yang mereka ada. Ada yang mengatakan bahawa LPKS adalah mesin kepada jabatan dan kebanyakan tugasan kementerian juga diberikan dan dijalankan oleh mereka.
Permohonan penyerapan pegawai LPKS ke jawatan bertaraf kontrak telahpun sampai kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sarawak, Datu Awang Morshidi baru-baru ini. Sekurang-kurang pegawai LPKS mempunyai harapan daripada SKN?
Apa tidaknya, setelah berhempas pulas dengan berbelanja "cukup-cukup makan" LPKS di kebanyakan kementerian dan agensi bekerja bersengkang mata demi mengharapkan secebis harapan untuk diserap ke jawatan tertentu. Melakukan kerja-kerja berlebihan dengan  mewakili jabatan, malah mengharumkan nama jabatan apabila menjalankan kajian yang memenangi anugerah dan gelaran peringkat kebangsaan sehingga tidak dijanjikan peluang kenaikan ganjaran yang setimpal?
Tidak kurang juga agensi yang mengatakan bahawa pegawai LPKS hanya menjalankan kerja-kerja membancuh kopi dan teh, malah disuruh jadi tukang urut. Malah, kita akan dapati bahawa merekalah yang mewakili jabatan ke setiap pelosok negeri, malah sampai ke bahagian Kapit pun. Apa tidaknya, disuruh menurut perintah sahaja, tanpa ada sebarang kuasa untuk membantah walupun bekerja dengan kelayakan bertaraf graduan? Apa tidaknya, ada pegawai yang malas dan tidak pandai bekerja akan membuli LPKS tetapi dia pegawai tersebut tidak mempunyai kemahiran berkomputer pun, cakap saja "berlebih-lebih".
Jika perlu diperbesarkan isu tersebut, negeri ini tidak akan bergerak kemana-mana. Malah terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika anda diberi tanggungjawab seperti pegawai LPKS. Anda menjalankan kerja sampai tercungap-cungap tapi seorang tukang cuci awam jauh besar daripada elaun LPKS di negeri Sarawak ini.

Apa tidaknya? , jika terdapat sebarang pertanyaan tentang topik ini, sila ajukan pada bahagian komen.
Sebarang maklum-balas amat dialu-alukan demi kebaikan semua pihak.

LPKS tiada masa depan?

LPKS tiada masa depan?

Menyentuh tentang isu ketiadaan masa depan ia hanyalah umpama mengharap "bulan jatuh ke riba". Ianya seperti tiada masa depan untuk diserap ke jawatan tetap. Ianya mungkin bagi kebanyakan pelatih seperti penulis, adalah tidak adil setelah melalui pelbagai caaran dan halangan semasa dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan dalam kementerian kemajuan tanah oleh Penyelia. Just do it, without compromise, its shows who you are... you are the future leader...its just when it will done, when it will happen...

Dahulunya , latihan kepada sisiwazah dikenali sebagai SUKARELAWAN, kini ditukar kepada LPKS. Hal ini amat berbeza dari segi penilaian kepada peserta dan janji masa depan peserta. Hal ini juga telah dipersoalkan oleh Penyelia penulis sendiri bahawa kenapa JKM tidak memuat perubahan terhadap sistem CBG, nampak gaya ia tidak serius dijalankan dan ianya hanya sebuah cerita bagi menyelamatkan duit kerajaan tanpa menjanjikan sebarang masa depan kepada pelatih. Sehubungan dengan itu, beliau juga menyuarakan rasa terkilan bahawa tiadanya penilaian dan jalan untuk menyerap masuk LPKS ke jawatan tetap.

Tiada Pembukaan Jawatan Kosong di Tempat Latihan?



Bertugas Tanpa Masa Depan?


Berfikir sejenak tentang LPKS, ianya tidak akan kemana-mana. Malah yang nyata pelatih diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan alasan memberi kerja kepada Graduan menganggur, hakikatnya dalam masa yang sama mengurangkan kos defisit belanjawan negeri.

Hakikatnya, tidak dijanjikan searang penyelesaian untuk diserap ke jawatan tetap. Kadangkala ianya tidak setaraf dengan sumbangan sebanyak 5 tahun dalam kementerian. Seorang pegawai apabila dilatih dalam masa 5 tahun tidakkah sudah mahir dengan cara penyelesaian kerja dalam kementerian?

Sedihnya selama 5 tahun tersebut mungkin pelatih tidak diberikan sebarang ucapkata untuk diserap ke jawatan tetap. Oleh itu kenapa tidak isu ini dikaji sendiri oleh Kerajaan Negeri sebelum melanjutkan tempoh LPKS sehingga 2013?