Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM
Kalau diikutkan di negara maju, senario bagi pelaksanaan dasar
seperti memang sudah menjadi kebiasaan. Di negara-negara maju, ada
kalangan pemandu teksi yang memilki Ijazah pun hanya bertugas sebagai
pemandu teksi. Itu kisahnya apabila berlaku di negara maju, terbaru
Malaysia juga ke arah pelaksanaan dasar seperti itu.
Terbaru, Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam :
- Dasar pertama SPA : Membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
- Dasar kedua SPA : Membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Sekarang ini, ada seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan SPM manakala berdasarkan terbaru mencatatkan seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
Petikan, Datuk Omar Osman, President CUEPACS
Sebagai graduan apakah pendapat anda?
Apabila dilihat dari sudut positif,
a) dengan lambakan graduan yang mengangur boleh bersandarkan hidup dengan bermula dari jawatan lebih rendah, " start from low-level".
Graduan harus ubah mind-set dengan tidak memilih kerja pada zaman ini.
Jangan beranggapan bahawa gaji yang kecil setaraf SPM akan menyukarkan
hidup anda. Untuk "apalah" setakat graduan Jurusan Sains mahupun Sains
Sosial banyak sangat jika PTPTN pun tak mampu bayar? TAPI
sedarkan anda bahawa seorang pekerja Rendah Awam mampu mengecapi gaji RM
1500 ke atas, walhal seorang graduan lulusan Bioteknologi hanya mampu
menjadi store keeper di Giant Supermarket dengan kerja tidak tetap,
tidak berpencen, dan malah tidak sampai RM 700.00 pun.
b) Graduan yang mendapat PNGK rendah mendapat manfaat
Dengan adanya sistem pengambilan terbaru ini diharap dapat memanfaatkan
para graduan yang kurang "pasaran" mendapat kerja setimpal dengan
kelayakan. Mereka harus berfikiran bahawa, gaji bertaraf SPM juga
memadai dengan keputusan Ijazah yang ada dan jenis Ijazah yang ada.
Apalah nak diharapkan menjadi Guru Sekolah dengan kelulusan setakat
Social Sciences Antropologi dan Hubungan Industri? asal kerja dah tetap,
bebas dari kongkongan kegawatan ekonomi graduan patut bersyukur, lebih
dari tidak mendapat kerja.
c) Bermanfaat dengan andaian bahawa lebih baik mendapat kerja tetap bertaraf SPM daripada menambah bilangan penganggur bertaraf Graduan dalam negara.
Bahawa, dengan cara ini para graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda tidaklah sampai bertahun-tahun lamanya
meneruskan kehidupan secara penganggur dengan cara memohon jawatan
rendah dan merasainya sendiri alam pekerjaan yang sebenar dengan dasar
keterbukaan seperti ini.
d) Membuka lebih banyak manfaat kepada graduan menimba ilmu sambil berkhidmat dengan negara.
Apalah salah bermula dari gaji bertaraf SPM sebelum layak menjadi seorang Pegawai, bukankah ia lebih mematangkan graduan?.
e) Kenapa CUEPACS berkira sangat nak rugi jika menjalankan
temuduga dan latihan kali kedua sedangkan berbilion wang dipinjamkan
kepada graduan menganggur yang kena tahan Kastam melalui pinjaman PTPTN?
"Nanti apabila jawatan-jawatan pangkat pegawai dibuka semula,
mereka-mereka ini boleh memohon semula jawatan tersebut. Tetapi ini
sebenarnya hanya dilihat sebagai penyelesaian jangka masa pendek
sahaja. Sekurang-kurangnya Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) telah
tampil memperkenalkan inisitif terbaru bagi mengurangkan limpahan
graduan yang menganggur di luar sana. Walaubagaimanapun, apa yang kami
perhatikan akan ada nanti situasi di mana berlakunya banyak insiden
keluar masuk untuk jawatan SPM ini. Secara realitinya, apabila ada
kalangan yang memilki diploma Ijazah pastinya tidak mahu kekal lama
dengan gaji SPM. Mohon jawatan SPM, pastinya akan dapat gaji SPM sahaja bukan? Berapa lama mereka mahu bertahan?"
Seperti yang telah saya tuliskan di ruangan ini, graduan tidak perlu
memilih sangat taraf gaji, ASAL tetap, bebas dari kegawatan ekonomi,
dapat bayar PTPTN. Jika nak jadi eksekutif, sememangnya tidak salah
memohon jawatan yang lebih tinggi lagi bertaraf kelayakan. Kalau tidak
dapat, dianggap sebagai tolakan sahaja, kalau dapat kerja lebih baik,
tahniah kerana ianya bonus sahaja!
Kenapalah nak berkira sangat dengan kos menjalankan latihan dan
temuduga sedangkan ianya jauh lebih rendah daripada kos kerugian PTPTN,
sedangkan lebih baik daripada membiarkan graduan menganggur. CUEPACTS
harus menyokong berdasarkan alasan positif dan bukannya membesarkan
alasan negatif.
"Lagipun apa yang kami perhatikan juga ia tampak seolah-seolah bakal menutup peluang para pemegang SPM sahaja. Ini disebabkan dalam kebanyakan kes, pasti yang ada ijazah akan lebih “berketrampilan dan meyakinkan” semasa temuduga."
Sebenarnya, situasi ini bukanlah menutup peluang para pemegang SPM,
malah ianya akan menggalakkan lebih persaingan SIHAT dikalangan penduduk
dan lebih memanfaatkan sumber-sumber yang ada. Malah jika semua
golongan SPM minta kerja kerajaan, siapa pula akan menjadi petani,
nelayan dan mereka yang akan terlibat dengan sektor pembinaan.
"Walaubagaimanapun, adakah akan gelap masa depan kalau tidak kerja kerajaan? Mahasiswa lepasan IPT sekarang ini sudah tidak mampu bersaing di sektor swasta? Atau kerana kurangnya peluang pekerjaan di Malaysia?"
Sebagai graduan, adalah tidak adil jika menggangap semua graduan inginkan kerja kerajaan sahaja, tapi adakah graduan lebih bermanfaat jika ratusan ribu menganggur, berbillion dipinjam dan disenarai hitam, tidakkah ia lebih bermanfaat mendapat kerja bertaraf SPM daripada mendapat gaji sebagai Assistant Restaurant Manager di KFC dengan gaji RM 1500 dibandingkan dengan Pekerja Rendah Awam bergaji RM 1500 di sektor awam.
Sebagai inisiatif jangka panjang, bermula dari jawatan bergaji SPM tidak salah jika suatu hari nanti graduan tersebut akan dapat memegang jawatan bertaraf Ketua Jabatan, bukankah lebih berbaloi daripada mengharap melompat terus dapat gaji bertaraf Ijazah di sektor awam?
Apalah gunanya banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini jika graduan hanya bila mampu berhutang, sedangkan struktur Pengajian Tinggi di negara ini lebih mementingkan penambahan kursus "tiada pasaran" seperti Social Sciences dan Sains Kognitif. Sedangkan industri lebih memerlukan jurusan teknikal sementara jurusan Social Sciences yang diharap mengisi kekosongan jawatan di sektor awam "lebih kuantiti dibandingkan kualiti". Bukankah lebih baik jika mereka dimanfaatkan dengan mendapatkan kerja bergaji SPM?
Dan sememangnya, persaingan di sektor awam adalah persaingan sihat dan graduan juga perlu dimanfaatkan untuk bekerja di sektor awam bagi mencapai tenaga kerja mahir dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam!
"Untuk inisiatif jangka masa panjangnya, kerajaan perlu “bekerja
keras” menjana lebih banyak peluang pekerjaan baru selari dengan
permintaan pekerjaan dari rakyat. Pelaburan baru dari dalam dan luar
negara yang boleh menjana pekerjaan juga perlu dipertingkat. Apa reaksi
anda semua dengan dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini terutamanya kalangan kakitangan awam dan bakal pemohon jawatan SPM ini nanti?
F) Dengan itu, ianyanya diharap dapat menggalakkan usaha
mereka yang bertaraf SPM untuk bersekolah ke tahap lebih tinggi untuk
dapat bersaing dengan mematangkan diri ke peringkat Ijazah dan
seterusnya meneruskan tradisi meminjam daripada PTPTN.
Adakalanya, ibu bapa tidak dapat menyekolahkan anak-anak ke tahap lebih tinggi kerana masalah kewangan. Namun, jika dikira apabila mereka mendapat kelulusan Ijazah dalam bidang Sains Sosial dari IPT mereka tidak dapat memasuki kerja yang mempunyai gaji setara dengan kelayakan. Malahan ada yang hanya mengharapkan kerjaya sebagai seorang guru melalui penungguan bertahun KPLI dan DPLI tetapi akhirnya terpaksa akur penungguan penuh penungguan. Alangkah bagus jika graduan ini dimanfaatkan pada gaji peringkat SPM, bukahkah mereka lebih bernilai?
Ini bukanlah masalah besar bagi mereka tetapi apa yang lebih penting adalah kesungguhan untuk menjawat jawatan tetap walaupun bergaji kecil dan semestinya 'privilege' kepada mereka yang dapat bergerak ke tahap yang lebih tinggi walaupun bergaji rendah.
Adakalanya, ibu bapa tidak dapat menyekolahkan anak-anak ke tahap lebih tinggi kerana masalah kewangan. Namun, jika dikira apabila mereka mendapat kelulusan Ijazah dalam bidang Sains Sosial dari IPT mereka tidak dapat memasuki kerja yang mempunyai gaji setara dengan kelayakan. Malahan ada yang hanya mengharapkan kerjaya sebagai seorang guru melalui penungguan bertahun KPLI dan DPLI tetapi akhirnya terpaksa akur penungguan penuh penungguan. Alangkah bagus jika graduan ini dimanfaatkan pada gaji peringkat SPM, bukahkah mereka lebih bernilai?
Ini bukanlah masalah besar bagi mereka tetapi apa yang lebih penting adalah kesungguhan untuk menjawat jawatan tetap walaupun bergaji kecil dan semestinya 'privilege' kepada mereka yang dapat bergerak ke tahap yang lebih tinggi walaupun bergaji rendah.
No comments:
Post a Comment