Pegawai Skim Latihan Pemerkasaan Siawazah Sarawak Layak Dipertimbangkan ke Jawatan Bertaraf Kontrak B15. Apa tidaknya?
"Jangan dipersoalkan hak kami"
TERKINI
Graduan
yang telah bekerja sebagai pegawai melalui Skim Pemerkasaan Keupayaan
Siswazah (LPKS) sepatutnya layak dipertimbangkan ke jawatan bertaraf
kontrak dengan Kod B 15. Apa tidaknya, setelah melalui pelbagai
pengalaman pahit dan manis bersama agensi masing-masing betapa pilunya
apabila tidak diberi peluang apatah dijanjikan untuk diserap ke jawatan
berstatus kontrak.
Dibandingkan dengan Skim Sukarelawan, LPKS merupakan jawatan berstatus pegawai malah ada yang diberikan
tugasan mewakili jabatan dan agensi ke persidangan DUN, mengikuti
mesyuarat State Task Force(STF) dan juga Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri(MMKN) malahan mereka hanya dapat tuntutan elaun gred N41.
Kenapa baru kini baru dikatakan mereka tidak layak diserap ke jawatan
bertaraf kontrak dengan alasan bahawa jika segelintir yang diambil ke
jawatan tersebut maka selebihnya sebanyak 4000 orang baki mereka yang
lain akan bersuara? Kenapa perlu dipersoalkan isu sekecil ini sehingga
melibatkan SKN sendiri bersuara?
Berapa
lama lagikah kita akan menjadi seorang pegawai yang berstatus LPKS
sedangkan ketua jabatan dan ketua-ketua seksyen dalam unit melaung-laung
minta agar pegawai LPKS yang berkhidmat dengan mereka diserap ke
jawatan bertaraf kontrak sesuai dengan keperluan jabatan dan kemahiran
yang mereka ada. Ada yang mengatakan bahawa LPKS adalah mesin kepada
jabatan dan kebanyakan tugasan kementerian juga diberikan dan dijalankan
oleh mereka.
Permohonan
penyerapan pegawai LPKS ke jawatan bertaraf kontrak telahpun sampai
kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sarawak, Datu Awang Morshidi
baru-baru ini. Sekurang-kurang pegawai LPKS mempunyai harapan daripada
SKN?
Apa
tidaknya, setelah berhempas pulas dengan berbelanja "cukup-cukup makan"
LPKS di kebanyakan kementerian dan agensi bekerja bersengkang mata demi
mengharapkan secebis harapan untuk diserap ke jawatan tertentu.
Melakukan kerja-kerja berlebihan dengan mewakili jabatan, malah
mengharumkan nama jabatan apabila menjalankan kajian yang memenangi
anugerah dan gelaran peringkat kebangsaan sehingga tidak dijanjikan
peluang kenaikan ganjaran yang setimpal?
Tidak
kurang juga agensi yang mengatakan bahawa pegawai LPKS hanya
menjalankan kerja-kerja membancuh kopi dan teh, malah disuruh jadi
tukang urut. Malah, kita akan dapati bahawa merekalah yang mewakili jabatan ke setiap pelosok negeri, malah sampai ke bahagian Kapit pun.
Apa tidaknya, disuruh menurut perintah sahaja, tanpa ada sebarang kuasa
untuk membantah walupun bekerja dengan kelayakan bertaraf graduan? Apa
tidaknya, ada pegawai yang malas dan tidak pandai bekerja akan membuli
LPKS tetapi dia pegawai tersebut tidak mempunyai kemahiran berkomputer
pun, cakap saja "berlebih-lebih".
Jika
perlu diperbesarkan isu tersebut, negeri ini tidak akan bergerak
kemana-mana. Malah terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan
jika anda diberi tanggungjawab seperti pegawai LPKS. Anda menjalankan kerja sampai tercungap-cungap tapi seorang tukang cuci awam jauh besar daripada elaun LPKS di negeri Sarawak ini.
Apa tidaknya? , jika terdapat sebarang pertanyaan tentang topik ini, sila ajukan pada bahagian komen.
Sebarang maklum-balas amat dialu-alukan demi kebaikan semua pihak.
No comments:
Post a Comment