Lupuskan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(KPLSPM)
Jika kerajaan
benar-benar jujur cuba pertimbangkan jika perlu mengambil beratusan ribu
graduan di negara ini yang tidak mendapat kerja, latih jadi guru dan
golongan profesional. Kurangkan pengambilan pelajar ke universiti,
lumpuhkan banyak universiti yang tumbuh bagaikan cendawan.
Utamakan
pengambilan mereka yang sudah bergraduan tetapi kurangkan pengambilan
guru melalui sistem Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia(KPLSPM). Saya yakin, ramai lagi graduan lepasan Ijazah yang sanggup menyambung 2-3 tahun lagi persekolahan demi menjadi guru tetap mahupun sebarang pekerjaan tetap
dibandingkan sukarnya mendapat peluang pekerjaan di negara ini.
Lupuskan KPLSPM bukan bermaksud mengesampingkan peluang menjadi guru
kepada lepasan SPM malah usia terlalu muda untuk menjadi guru tidak
sepatutnya diberikan pada yang belum matang kerana mereka hanya mendera
anak-anak kita.
Pelupusan KPLSPM
bukan bermaksud tidak memberi peluang kepada mereka yang baru lepasan
SPM tetapi sebaliknya mereka boleh menjalani kematangan semasa di
universiti sebelum boleh mengajar lebih lanjut lagi. Hal ini juga boleh
memberikan peluang kepada mereka yang telah ada ijazah dari universiti
mendapat lebih peluang pekerjaan apabila bergraduan kelak. Mereka yang
sudah ada ijazah ini boleh mengambil Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah(KPLI) dan juga Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI).
Malah terlalu banyak graduan menganggur apabila keluar universiti
boleh diatasi dengan cara ini. Jika mereka tidak berminat kerja di
sektor swasta kerana terlibat dengan turun naik gelombang ekonomi kenapa
tidak latih saja mereka dengan cara tersebut daripada mengambil mereka
yang belum matang untuk menjadi guru kepada anak-anak kita yang juga
belum matang.
Struktur ekonomi
negara ini yang semakin bergerak ke arah negara maju berubah dari negara
berasaskan pertanian kepada industri. Bayangkan jik kesemua graduan
tersebut berhadap mendapat kerja di sektor awam sahaja apakah yang akan
terjadi kepada sektor swasta? tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memanfaatkan mereka yang sudah ada ijazah
untuk berkhidmat dengan kerajaan bila mereka tidak digunakan di sektor
swasta yang terlalu berdasarkan kemahiran dan berorientasikan
perniagaan.
Malah kerajaan hari ini harus bertanggungjawab dalam isu ini kerana memberikan peluang persekolahan terlalu banyak tetapi mengesampingkan peluang pekerjaan bagi graduan
tetapi minta pula hutang PTPTN dari mangsa yang tidak mendapat kerja
tersebut. Kerajaan perlu mengubah struktur pendidikan negara ini dengan
memanfaatkan graduan berijazah tersebut terlebih dahulu dibandingkan
dengan mengejar ramai pelajar memasuki IPTA dan IPTS demi mengejar nama institusi tersebut, mengambil ramai pelajar tetapi merosakkan serta tidak mempedulikan peluang pekerjaan mereka.
No comments:
Post a Comment