Thursday, 19 July 2012

PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Kini banyak laungan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan di negara ini perlu melalui penstrukturan semula. Kita tidak menafikan banyak kelebihan dan keburukan sistem pendidikan di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain. 

Pada pandangan penulis, sebahagian cadangan yang perlu diambil kira dalam mengira perubahan pendidikan di negara ini ialah dengan melihat kepada aspek pekerjaan iaitu terlalu banyak graduan menganggur, sekitar 70% graduan di negara ini tidak mampu memperoleh kerja selepas tamat belajar. Jika dilihat dari sudut dua segi, 32000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat persekolahan dan dari jumlah tersebut sekitar 21,760 wanita berbanding lelaki seramai 10,240 orang.
Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh negara ini dalam sistem pendidikan ialah:-

1. Bentuk Kursus ditawarkan di IPT- Penukaran dan pemansuhan kursus Sains Sosial dan kursus-kursus tertentu kepada kursus berintensifkan peluang pekerjaan. 

Dengan melihat kepada banyaknya graduan daripada aliran Sains Sosial pada masa ini, tidak ramai di kalangan mereka mampu memperoleh kerja dalam tempoh selama 6 bulan tamat pengajian. Hal ini disebabkan ramai diantara mereka yang berharap mendapat kerja yang setaraf kelayakan walhal kelulusan mereka kebanyakannya dibawah PNGK 3.0 ke bawah sementara kelulusan yang dipegang oleh mereka pula Ijazah yang 'low-demand'-yang dahulunya untuk Sektor Awam sahaja, tepi kini apabila graduan memohon jawatan bertaraf SPM masyarakat bising walhal kenapa wujudkan kursus yang tidak bernilai di IPT jika pada masa yang sama sedar bahawa graduan akan menganggur bila keluar ke alam pekerjaan. Hal ini tentunya tidak adil bagi mereka yang sanggup berada hingga ke tahap tersebut semata-mata mengharapkan gaji yang lebih tinggi selepas bergelar graduan tidak kira apa jenis skrol mereka.
Dalam hal ini, jika diberi pilihan tentu ramai yang akan mempersalahkan  Kementerian Pelajaran dan Parti  yang memerintah kerana  menubuhkan kursus yang tidak berorientasikan peluang struktur pasaran kerja dan ekonomi dalam negara ini. Mereka tahu bahawa tujuan persekolahan ialah meningklatkan kemahiran dan pasaran pelajar selain mendapat kerja bila tamat pelajaran. Tidakkah Kementerian kasihan akan mereka yang tidak mendapat kerja ini, untuk apa wujudkan kursus yang hanya memberikan 'peluang' kepada graduan untuk meminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), menagih pula bayaran daripada pelajar walhal perlu memikirkan bahawa graduan tersebut belum mendapat kerja yang mampu membolehkan mereka membayar hutang pinjaman tersebut. 

2. Impak Ekonomi

Dalam aspek pendidikan negara ini tidak dapat mengesampingkan impak yang bakal berlaku hasil peminjam PTPTN yang berjumlah Billion ringgit. Lebih baik daripada kerajaan mengwar-warkan pentingnya sekolah yang tinggi untuk mendapat kerja kepada rakyat, walhal yang lebih penting billion ringgit tersebut digunakan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor terlebih dahulu. Apalah guna jika terlalu ramai graduan sedangkan tempat kerja mereka tidak dapat disediakan. Tentunya hal ini akan membawa kepada berlakunya lebih banyak gejala sosial yang tidak diingini berlaku sementara wang tersebut dapat digunakan sebagai dana untuk aset yang lebih penting. 

3. Impak Sosial

Dalam aspek sosial pula, apabila terlalu ramai graduan maka kurangnya peluang pekerjaan. Bila berkurangnya peluang pekerjaan maka 'harapan tinggal harapan' yang tinggal mungkin sisa-sisa perjuangan yang akan dipergunakan bagi tujuan melakukan siri gejala sosial 'berprofil tinggi'. Dapatkah dibayangkan bila seorang itu meninggal kerana diambil buah pinggangnya untuk dijual, siapakah yang melakukan pembunuhan tersebut, bagaimana berlaku, tentunya melibatkan pelbagai profil. Bagaimanakah strategi membuat jenayah paling berkesan?  inilah yang kita semua tidak inginkan berlaku apabila terlalu ramai graduan berbanding peluang pekerjaan yang terhad dan itulah caranya mereka mencari sumber kewangan....bonuslah kiranya 'halal'.

Untuk mengatasi masalah pengganguran graduan apakah perlu dilakukan pula?

1. Tentunya menasihatkan supaya graduan tidak terlalu memilih kerja.
2. Tentunya menasihatkan supaya bakal siswazah memilih jurusan yang berpasaran tinggi.
3. Universiti pula jangan terlalu mengejar nama, mengambil terlalu banyak pelajar, konon meningkatkan daya negara ke arah yang berkapasi tinggi walhal berbillion perbelanjaan untuk tujuan konon membuka lebih banyak peluang 'persekolahan' dan meningkatkan mutu pengajian tinggi di negara ini. Namun balasannya, setalah segala penat lelah dan wang ringgit tergadai dan telah gergelar graduan, kekosongan jawatan pula tidak mencukupi. Wang tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan membuka lebih banyak perumahan 'mampu milik ' kepada rakyat di negara ini dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada rakyat di negara ini.
 4. Perubahan sistem pengambilan pelajar yang telah tamat Peperiksaan Menengah Rendah, iaitu mana-mana pelajar yang tidak lulus peperiksaan tersebut dibenarkan memilih jurusan teknikal sahaja sementara bagi pelajar yang layak ke tingkatan empat dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pula mereka perlu ditapis dengan lebih ketat lagi, agar mereka ini tidak mudah memasuki Institusi Pengajian Tinggi dengan sewenang-wenangnya melainkan peluang lebih banyak diberikan kepada mereka jika mengambil jurusan teknikal yang mampu memberikan lebih banyak peluang dan 'employability' kepada golongan tersebut. 
5. Universiti Swasta mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta yang tumbuh bagaikan 'cendawan' hanya mampu memberikan 'makanan' istimewa kepada 'KUCING' besar sahaja tetapi akhirnya bila pelajar mereka telah bergelar graduan mereka ini akan menambah golongan menganggur sahaja. Saya lebih suka sekiranya IPTS seperti ini dikurangkan pengwujudannya yang seperti KUCING besar makan tikus-tikus(pelajar peminjam PTPTN) yang mengharapkan kerja apabila tamat pengajian. Apagunanya kerajaan melaung-laungkan penubuhan lebih banyak IPT sedangkan tempat kerja tidak mampu disediakan kepada rakyat, bukankah ini lebih teruk dan tidak adil kepada rakyat sendiri.

No comments:

Post a Comment