LPKS tiada masa depan?
Dahulunya , latihan kepada sisiwazah dikenali sebagai SUKARELAWAN, kini ditukar kepada LPKS. Hal ini amat berbeza dari segi penilaian kepada peserta dan janji masa depan peserta. Hal ini juga telah dipersoalkan oleh Penyelia penulis sendiri bahawa kenapa JKM tidak memuat perubahan terhadap sistem CBG, nampak gaya ia tidak serius dijalankan dan ianya hanya sebuah cerita bagi menyelamatkan duit kerajaan tanpa menjanjikan sebarang masa depan kepada pelatih. Sehubungan dengan itu, beliau juga menyuarakan rasa terkilan bahawa tiadanya penilaian dan jalan untuk menyerap masuk LPKS ke jawatan tetap.
Tiada Pembukaan Jawatan Kosong di Tempat Latihan?
Bertugas Tanpa Masa Depan?
Berfikir sejenak tentang LPKS, ianya tidak akan kemana-mana. Malah yang nyata pelatih diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan alasan memberi kerja kepada Graduan menganggur, hakikatnya dalam masa yang sama mengurangkan kos defisit belanjawan negeri.
Hakikatnya, tidak dijanjikan searang penyelesaian untuk diserap ke jawatan tetap. Kadangkala ianya tidak setaraf dengan sumbangan sebanyak 5 tahun dalam kementerian. Seorang pegawai apabila dilatih dalam masa 5 tahun tidakkah sudah mahir dengan cara penyelesaian kerja dalam kementerian?
Sedihnya selama 5 tahun tersebut mungkin pelatih tidak diberikan sebarang ucapkata untuk diserap ke jawatan tetap. Oleh itu kenapa tidak isu ini dikaji sendiri oleh Kerajaan Negeri sebelum melanjutkan tempoh LPKS sehingga 2013?
No comments:
Post a Comment