Tuesday, 17 July 2012

PTPTN Dimansuhkan?


PTPTN Dimansuhkan?
Sebagai rakyat yang bebas bersuara, mengapa tidak perlu pertimbangkan pemansuhan PTPTN dibandingkan pendidikan percuma.
PTPTN akan mewujudkan hutang terhadap peminjam sekiranya peminjam tidak mampu memperoleh kerja yang setimpal dengan kelulusan mereka selepas bergelar graduan.
Perbadanan IMF pula menyentuh bahawa hutang Malaysia kini mencecah anggaran angka RM 360 billion menjelang tahun 2012. Kita takut bahawa jika semakin ramai mereka yang bergelar graduan di negara ini maka negara kita akan seperti China, Indonesia dan Filipina dengan ramai graduan kita yang akan bekerja di kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan dan malah di ladang-ladang serta menjadi buruh kontrak sementara negara ini pula berlumba menambah graduan kononnya ingin meningkatkan tenaga mahir dalam negara. Cuba bayangkan jika terlalu banyak graduan berbanding peluang pekerjaan yang masih samar dan negara ini pula terlalu mengejar pertambahan graduan sambil mengesampingkan pasaran pekerjaan mereka.
Dengan adanya peluang pendidikan percuma tersebut sebaliknya akan menambah hutang pendidikan negara dan dalam masa yang sama memberi lebih banyak peluang kepada rakyat negara ini menjengah menara gading seperti Institut Pendidikan Tinggi Awam(IPTA) dan semakin sedikit memasuki Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Hal ini akan mengelakkan beban  kewangan pelajar dan mereka tidak akan rugi banyak walaupun lewat atau tidak mendapat kerja kelak. Kita takut bila, terlalu ramai yang tidak mendapat kerja maka golongan bijak pandai ini akan melakukan jenayah berprofil tinggi demi membalas ketiadaan peluang pekerjaan yang diidamkan di sektor awam misalnya. Lebih banyak yang ditangkap sebagai keldai dadah dan sebahagiannya menjadi pelacur bertauliah. Kenapa perlu memperbanyakkan peluang persekolahan kepada pelajar tetapi memberikan banyak peluang berhutang kepada mereka sementara ekonomi negara ini belum dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan?
Graduan hari ini pula hanya dimanjakan dengan tajaan pelbagai biasiswa, pinjaman berbillion ringgit tetapi peluang pekerjaan tidak diendahkan.
 "Buat anak ramai-ramai, sumbat masuk universiti banyak-banyak, bila keluar banyak-banyak mana mau kerja, ekonomi negara ini bukan setakat mana pun lagi nak memperbanyakkan graduan?" Bila pinjam PTPTN jangan bayar balik sajalah, biar tak pergi luar negara tapi jangan bayar PTPTN satu sen pun.
Apaguna kerajaan bagi pinjam PTPTN berbillion tapi jeratnya bila keluar tidak dapat kerja kena pula bayar hutang? cuba bayangkan jika berbillion tersebut digunakan untuk mencipta lebih banyak pasaran kerja, taburkan duit tersebut ke kawasan belum maju, tubuhkan banyak kilang dan kembalikan kegemilangan negara seperti dulu dimana banyak peluang pekerjaan, mereka yang masuk universiti bila bergelar graduan dengan mudah dapat pekerjaan tak macam sekarang banyak kuantiti berbanding kualiti, banyak graduan tapi tiada kerja.

No comments:

Post a Comment