Kelemahan
Sistem E-recruitment dan Penjawat Awam : Agama, Kuota dan Karenah Pentadbir
awam di Sarawak.
Setelah tiga tahun mencari kerja tetap dan jika dapat
sekurang-kurangnya kerja yang dapat bayar bulanan kereta buruk 'Myvi' saya dan
tanggung beban pinjaman pelajaran PTPTN dan saraan ibu bapa yang sudah
menjelang senja.
Realitinya, setiap graduan terutama dari lulusan Kursus
Sosial Sains, mereka akan berupaya
memasuki apa sahaja peluang pekerjaan yang ditetapkan . Hakikatnya, tidak ramai
daripada mereka dapat memanfaatkan Ijazah yang telah ada. Malah mengambil masa
bertahun-tahun mengharapkan untuk mendapat kerja tetap sekurang-kurangnya pada
mana-mana peringkat pekerjaan yang mampu membawa mereka keluar dari istilah
pengangguran , kegawatan ekonomi dan menjaga air muka ibu bapa dan lebih-lebih
lagi membantu diri sendiri.
Di negeri Sarawak, salah satu sistem pengambilan penjawat
awam negeri ini ialah menggunakan sistem Erecruitment Sarawak. Setelah
mengambil kira bajet dan permintaan daripada pelbagai agensi untuk mengambil
pekerja, jawatan kosong akan dibuka di laman tersebut. Pada halaman ini saya
akan bincangkan keburukan dan kelemahan sistem tersebut kepada pembaca di laman
ini.
Kelemahan pertama sistem tersebut ialah sistem pengurusan penapisan, melalui pengalaman yang
telah dilalui sepanjang permohonan melalui sistem tersebut terdapat dalam
senarai pada baris Status
menunjukkan BARU, SUDAH DIPROSES/TIDAK DITEMUDUGA . Dari Gambar 1.0 dibawah
kita dapat lihat bahawa sepanjang setahun permohonan penulis tidak pernah
mendapat ditemuduga. Walhal jika dilihat dari sudut kelengkapan borang yang
telah diisi memang telah diisi dengan lengkap baru dapat membuat pengakuan di
bahagian pengesahan borang permohonan sistem. Penulis berasa janggal apabila
setahun tersebut penulis tidak pernah ditemuduga sedangkan borang lengkap,
kelayakan pula tahap Ijazah. Sesetengah status pula menyatakan permohonan masih
baru sedangkan telah setahun permohonan. Hal ini dapatlah menunjukkan bahawa
Sistem pengambilan pekerja awam menggunakan gerbang E recruitment tersebut
hanya buat mengaburkan mata pencari kerja malah bukanlah menunjukkan keupayaan
Kerajaan pada masa ini menolong rakyat. Selain itu, status pemohon yang tidak
pernah ditemuduga tersebut sepatutnya menunjukkan bahawa sama ada kesilapan berlaku
pada pengisian borang. Sebaliknya, bahagian status tersebut menunjukkan serta
membayangkan bahawa betapanya administrator dan pekerja awam yang mentadbir
sistem tersebut ialah PEMALAS dan tidak laya menjadi pekerja awam.
Penulis juga membayangkan bahawa mereka yang mentadbir
sistem tersebut termasuk mereka yang berada dalam Seksyen Pentadbiran,
Pengambilan dan Perjawatan tersebut adalah LEMAH, tidak bekerja mengikut
prosidur, bermain isu perkauman dan kuota pengambilan menguasai mereka. Ini
bakal menjadikan sistem pentadbiran pengambilan pekerja awam di negeri Sarawak
dan negara ini adalah memalukan. Sudah tentu hal ini akan membawa malapetaka
kepada pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Hal ini juga memalukan Tan Sri Datu Awang Morshidi Abdul Ghani atas nama pegawai yang malas menjalankan pemantauan walaupun setakat E-Recruitment Sarawak.
Rajah
diatas juga menunjukkan Status Permohonan Jawatan pada sistem E-recruitment
Sarawak. Apa yang penulis membuatkan penulis keliru dan terasa ialah pada
Status Pemprosesan telah ditapis oleh Agensi bertanggunjawab dan dalam Status
Permohonan pada bahagian Tarikh Tapisan juga telah dinyatakan maka Status
Permohonan adalah MUSTAHIL masih BARU. Ada juga menunjukkan status permohonan
yang masih BARU namun belum dinyatakan dengan apa-apa catatan pada ruangan
Tarikh Tapisan.
Setelah
melalui proses permohonan tersebut menggunakan sistem E-recruitment penulis
agak kecewa bila langsung tidak pernah ditemuduga sedangkan penulis sepatutnya
layak ditemuduga berdasarkan kelayakan dan kemahiran yang dicari oleh pelbagai
agensi.
No comments:
Post a Comment